Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman
sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin
mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi
Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan
dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri
yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut
bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah
bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin
Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi
SAW).
Cara Al-Quran Diturunkan Kepada Nabi SAW
1 Hati
Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda
tidak melihat apa-apa, hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam
hatinya.
2 Pengucapan
Malaikat memperlihatkan dirinya sebagai seorang lelaki dengan
mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda benar-benar dapat menghafaz
ayat yang diturunkan itu.
3 Bunyi
Wahyu datang kepadanya berserta bunyi loceng. Ini adalah cara
yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan baginda sangat panas
walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk.
4 Datangnya Jibril
Jibril memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang
dialami oleh Baginda sewaktu turunnya ayat surah al-Muzammil.
Peringkat Penurunan Al-Quran
- LUH MAHFUZ
- BAITUL IZZAH
- NABI SAW
Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz secara sekali gus
bukannya secara beransur-ansur.
Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud :
“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
Firman Allah dalam surah al-Buruj ayat 21 - 22 yang bermaksud :
“Bahkan apa yang didustakan mereka itu ialah al-Quran yang mulia, yang tersimpan dalam Luh Mahfuz.”
Dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga
diturunkan sekali gus.
Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan ayat 3 maksudnya :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran di malam yang penuh keberkatan.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Qadar ayat 1 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr.”
Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 185 maksudnya :
“Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran.”

Turun dari langit dunia kepada Nabi saw melalui perantaraan
Jibril bermula tanggal 17 Ramadan.
“Dan sesungguhnya al-Quran itu benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dibawa turun oleh Ar-Ruhul Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad saw) supaya kamu menjadi salah seorang di antara orang yang memberi peringatan dengan bahasa Arab yang jelas.” as-Syura (192-195)

Sejarah Pengumpulan Dan Pembukuan Al-Quran
Setiap ayat yang dibawa oleh Jibril dihafaz oleh Nabi SAW
kemudian baru dibacakan kepada sahabat. Nabi saw menghafaznya betul-betul
bimbang jika tertinggal perkataan tertentu atau huruf tertentu. Baginda
mengulangi bacaan ketika Qiamullail (bangun malam) dan solat. Setiap tahun
sekali Nabi SAW ditasmi (mendengar dan membetulkan) bacaannya oleh Jibril
(Angel Gabriel) dalam bulan Ramadan secara bertadarus.
Pada akhir hayat Baginda, Jibril mentasminya sebanyak dua
kali. Sahabat berusaha dan bersungguh-sungguh menghafaz dan mempelajari serta
memahaminya dengan menjauhi kenikmatan tidur dan rehat. Sebagaimana Rasulullah
saw, sahabat turut memanfaatkan masa malam mereka untuk memantapkan hafalan
mereka. Di antara huffaz (penghafaz/ penghafal Al-Quran) terkenal daripada
sahabat iaitu empat orang Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar al-Siddiq, Umar
al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali bin Abi Talib), Talhah, Ibnu Mas’ud,
Huzaifah, Abu Hurairah, Ibnu Omar, Ibnu Abbas, (Ai’syah dan Hafsah - isteri
Rasullullah). Termasuk daripada orang-orang Ansar (penduduk asal Kota Madinah)
seperti Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit, Abu Darda’ dan Anas
bin Malik.
Penulis Wahyu
Pada masa sama, Nabi SAW melantik beberapa sahabat sebagai
penulis wahyu. Mereka menulisnya sebagai salah satu teori pembelajaran berkesan
setiap kali wahyu turun sebagai tambahan dalam hafalan supaya tidak hilang
begitu saja. Di antara penulis itu ialah empat Khulafa’ Ar-Rasyidin, Muawiyah
bin Abu Sufian, Khalid bin al-Walid, Ubai bin Kaab dan Zaid bin Thabit.
Penulisan pada waktu itu hanya dibuat diatas kulit kayu, batuan, kulit haiwan
dan kain-kain sahaja berikutan kertas belum diketemukan. Pada masa itu iaitu
sewaktu Rasulullah SAW masih hidup, ayat al-Quran tidak dihimpunkan dalam satu
mashaf (teks lengkap yang berbuku).
Ini disebabkan kepada beberapa faktor iaitu:
1. Tidak ada faktor yang membolehkan untuk dikumpul satu
mashaf daripada kemudahan penulisan, sedangkan sewaktu itu ada ramai huffaz
(penghafal Al-Quran) dan qurra’ (pembaca Al-Quran).
2. Ada di antara ayat yang diturunkan itu nasikh dan mansukh
(hukum atau ayat yang bertukar disebabkan perkara tertentu).
3. Ayat al-Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi
beransur-ansur.
4. Setiap ayat yang turun adalah atas satu-satu faktor, sebab
dan peristiwa.
Zaman Khalifah
Pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah ramai huffaz
mati dalam peperangan Yamamah iaitu hampir 70 orang. Lalu Saidina Umar
mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya dihimpunkan helaian ayat-ayat Al-Quran
yang ditulis berasingan sebelumnya kerana bimbang akan kehilangannya dengan
sebab kematian huffaz dan qurra’. Pada mulanya beliau ragu-ragu kerana Nabi SAW
tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau
pertukaran ayat al-Quran. Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah
dan menyedari bahawa ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan
menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, maka Saidina Abu
Bakar bersetuju untuk dikumpulkan ayat al-Quran itu. Maka dipanggil beberapa
huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi saw yang masih hidup antaranya Zaid bin
Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran. Al-Quran kemudian ditulis oleh
Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas,
tersusun turutan ayatnya sebagaimana yang ditetapkan oleh Rasulallah SAW.
Mashaf ini diserahkan kemudiannya kepada Saidina Abu Bakar.
Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab. Selepas
beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah SAW
yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan
Al-Quran pada zaman Khalifah Uthman. Apabila berlaku pertentangan dari sudut
bacaan ayat Al-Quran (disebabkan kemunculan ilmu Qiraat yang telah diizinkan
Nabi Muhammad sebelumnya), ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman
untuk membukukan Al-Quran. Maka dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam
usaha membukukannya.
Pada peringkat awal, jawatan kuasa penyelaras Al-Quran itu
telah membukukan sebanyak 6 buah naskah Al-Quran iaitu untuk dipegang oleh
Khalifah Uthman bin Affan sendiri, naskah dihantar ke Kota Basrah, naskah
kepada kota Kufah dan kota Syam serta sebuah naskah ke kota Madinah
Al-Munawwarah dan sebuah lagi ke kota Makkah Al-Mukarramah. Manakala,
kemudiannya diciptakan 2 buah naskah khas yang disalin terus dari naskhah
Khalifah Saidina Uthman bin Affan untuk pegangan Sheikh Umar Dany dan Sheikh
Abu Daud Sulaiman bin Najah. Dua salinan baharu itu hanya digunakan tatkala
timbulnya perselisihan berkenaan teks salinan sebenar Kitab suci Al-Quran,
serta membetuli akan keraguan dalam mashaf Al-Quran enam buah seperti yang
dinyatakan diatas, akibat timbul dari perbezaan sebutan dan periwayatan
imam-imam Qiraat.
Mashaf Uthmani yang asli yang dipegang oleh Khalifah Uthman
sendiri serta 2 buah kitab yang disalin darinya sebenarnya ditulis dan disalin
mengikut ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi
Muhammad selaku seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Ini dapat dibuktikan
dengan penulisan dan pembarisan ayat-ayat Al-Quran mashaf Uthmani itu sendiri
yang diriwayatkan oleh Hafs bin Sulaiman ibn Mughairah Al-Asadi Al-Kufi menurut
bacaan Asim bin Abi Najud Al-Kufi At-Taabie daripada Abi AbdilRahman Abdillah
bin Habibi Sulami daripada Uthman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Zaid bin
Sabith dan Ubai bin Kaab dan akhirnya daripada Muhammad bin Abdullah (Nabi
SAW).
Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa
yang telah diakui kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam
Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil
tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan Para pengikut daripada kalangan
(Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-tanda yang disepakati
oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang Maghribi.
No comments:
Post a Comment