LATAR BELAKANG
Kehidupan peribadi beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18
Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di
Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir
al-Shanani dan Padang, Indonesia.
KELUARGA
Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13
orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara
Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004, Tiga orang anak lelaki yang
pertama amat dikenali ramai iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan,
bekas ADUN Hulu Klang, Dato' Fuad Hassan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal
Khas atau JASA Kementerian Penerangan., dan pelakon terkenal Dato' Jalaluddin
Hassan. Seorang lagi anaknya dengan isterinya Maimunah Abd. Ghani, Mohammad
Izzat Hassan megikuti jejak langkah abangnya Musa di dalam bidang kepolisan.
Beliau dikhabarkan sangat tegas dalam agama tetapi masih
seorang bapa yang penyayang.
PENDIDIKAN
Beliau dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat
yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di
peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.
Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan
di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid
di Mekah)
Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia)
bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan.
Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum
al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat
al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor. Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah
al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah
al-Faqih.
Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini
Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi.
Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung
pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.
Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan
beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran
yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul
Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam
Nafi’).
PENCAPAIAN
Beliau telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan
melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31
Ogos 1957. Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun
1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan
Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan,
Brunei.
Beliau juga merupakan penerima Tokoh Ma’al Hijrah 2002, yang
merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan
terhadap kemajuan Islam di dalam negara.
Beliau juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.
Beliau juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.
Pada 1997, beliau mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana
penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.
Hassan juga merupakan hakim Pertandingan Tilawan al-Quran
yang paling lama berkhidmat dalam negara. Hampir 46 tahun berkhidmat sebagai
hakim, beliau juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan
Thailand.
Hassan juga pemenang tempat pertama Pertandingan Tilawan
al-Quran yang diadakan di Malaya pada 1947, anjuran UMNO (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu) ketika itu.
No comments:
Post a Comment