Sunday 29 May 2016

USTAZ ‘ABDULLAH AL-QARI HAJI SALLEH


'Abdullah Al-Qari ialah Guru Kreatif (1994), Tokoh Agama (Tokoh Hijrah Ar-Rasuul 2004) dan Tokoh Maulid Ar-Rasuul 2005 ),  Pujangga Islam (2005) yang melahirkan banyak dan berbagai karya berunsur Islam juga Tokoh Sunnah Nusantara (2005) yangmelahirkan buku-buku berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah, salah seorangpenggerak Sunnah Nabi SAW, pemurni (reformis) Islam menerusi buku di mana Buku Guru Zaman .Jika Hasaan B. Thaabit Al-Anshaari r. a. dikenal sebagai Penyair Nabi SAW,maka Abdullah Al-Qari tersohor Penulis Tuk Kenali dengan berbagai karya menarik.

KELAHIRAN

Beliau lahir pada pagi Ahad 23 Dzu Al-Qa'idah 1356 H. bersamaan 26 Disember 1937M. diberi nama 'Abdullah Al-Qari (Pembaca terutama Al-Qur'an) oleh anak saudara Tuk Kenali, Tuan Guru Hi.Muhammad Jebeng, empat tahun sesudah perginya Hj. Sallehtepi Jalan Kenali. Kenali, di Lot 1203 Kenali, Jalan Puteh, tidak jauh dari Maqam TukKenali.

PENDIDIKAN

Beliau dibesarkan dalam Pendidikan Islam, di mana bapanya Hj. Salleh B. Puteh(Ab.Latif) seorang Guru Al-Qur'an di Pondok Kenali, murid tua Tuk Kenali; demikian juga ibunya Hjh. Khadijah Bt. Abdullah, keluarga Tuk Kenali, mengajar Al-Qur'ankepada kanak-kanak di sebelah dapur rumahnya. Lokasi rumah di tepi Pondok LorongKubur Tuk Kenali menyebabkan beliau banyak dipengaruhi Pendidikan Pondok disamping Pendidikan Sekolah Melayu Kubang Kerian, Kota Bharu (1946-1951).

BAKAT

'Abdullah Al-Qari mula berminat membaca buku-buku serba bidang sejak di Darjah Lima Sekolah Rendah dengan membaca buku-buku Indonesia yang dipinjam daripada Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010. 2 Gurunya, Cikgu Muhammad B. Abdullah dan buku-buku di bilik bacaan di sekolah termasuk buku Sains. Bakat beliau terserlah dikesan oleh gurunya, Cikgu Mahmud B.'Abbas semasa beliau di Darjah Tujuh (Sekolah Menengah Melayu Tuk Pasir Pertamadi Kelantan) di Sekolah Melayu Kota (Jelasin) – 1952 yang memuji dan tertarik kepadahasil karangannya di peringkat sekolah. Beliau memperoleh Sijil Pangkat Satu bagikedua sekolah tersebut.


MENDALAMI ISLAM

Beliau memasuki Pondok MadrasahAl-Ahmadiyyah Bunut Payung (1952) belajar padaTuan Guru Hj. AbdullahTahir B. Hj. Ahmad akan Tafsir Al-Qur'an dan pada Ustadz Hj.Ab. Rahman Al-Khudhri B. Ibrahim akan Al-Hadith. Gurunya yang berasal dari Pahangini memberi galakan menulis di bidang Agama. Mula membaca buku-bukuAgama dengan cara meminjam dan cuba menulis. Pada sebelah pagi beliau belajar di Darjah Tujuh.Awal 1953 beliau dilantik menjadi guru dalam usia 15 tahun dan bercanggah dengan hasratnya untuk menyambung pelajaran di Jaami' Merbau, K.Bharu (sempat belajar sehari). Beliau mula membeli kitab-kitab Arab dengan cara belajar sendiri dan berguru kepada murid-murid Tuk Kenali dan murid Tuk Khurasan (Ahli Hadith) dengan mempelajari Hadith,Ilmu Ushuul At-Tafsir, Ushuul Al-Fiqh dan lain-lain. Ya, dalam usia15 tahun ini beliau mula menjadi guru, pengarang, penerbit (Pustaka ASA) danpengedar. Kerja seharian beliau ialah mengajar dan mengarang buku sambil belajarAgama. Bila sesuatu tajuk sudah difahami dengan baik, maka dia dijadikan buku dandisebarkan.

PENINGKATAN LLMU
Beliau berjaya memperoleh Sijil Kursus Persekolahan Melayu (T.U.O.S. : Perguruan -1956) , Sijil Maktab Perguruan Bahasa '. Language Institute - 1959),SPM (1962); STP(penuh - 1974);juga Sijil Pra LINAS (Universitas Nasional Jakarta: Kuliah Bahasa dan
 
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 3
Sastera- 1974) dan kelayakan masuk ke Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri(Kuliah Usuluddin - 1974; seterusnya memasuki Universiti Malaya (1974-1977) denganpencapaian Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dan anugerah MahasiswaTerbaik.Demi mematuhi arahan Nabi SAW tadi, maka sejak umur 15 tahun mulamempelajari dan mengkaji Islam serta menulisnya menjadi buku-buku bernilai sehinggamasih kini (berusia lebih 70 tahun) berjaya menghasilkan lebih 300 karya sendiri danterjemahan dalam berbagai bidang pengajian Islam, perubatan, umum, bahasa dansastera; juga sajak berunsur Islam dalam bentuk buku biasa, kamus dan ensiklopedia.Kerana kegiatan yang agak luar biasa ini, maka penulis telah dianugerahkan:1. Tokoh Guru Kreatif (Penulisan) Kelantan, 1990.2. Tokoh Buku Kelantan,1994.3. Tokoh Hijrah Ar-Rasuul Kelantan,2004.4. Tokoh Guru Kelantan (JPN), 2004.5. Tokoh Maulid Ar-Rasuul, Malaysia, 2005.6. Tokoh Sunnah (I.Q.), Nusantara, 2005.7. Tokoh Penulis Buku Islam, Malaysia,2007.8. Tokoh Penulis Islam Terbaik, Serambi Mekah, 2008.9. Tokoh pengkajian Al-Qur'an dan Al-Hadith (SIQAH),Nusantara, 2008.Isteri beliau menerima anugerah "Tokoh Ibu Shaalihah Kelantan" (2005): Hjh.'Aisyah Bt. Hj.Ibrahim.'Abdullah Al-Qari telah berjaya mendirikan Masjid As-Sunnah dan SekolahRendah Islam (SRI) Al-Qari di Taman Al-Qari; juga “Pusat Kajian dan Sebaran Al-Qur'an dan As-Sunnah Nusantara” bertempat di Tingkat Satu Masjid As-Sunnah,Taman Al-Qari Istana Negeri Kelantan, Kubang Kerian berhadapan Istana NegeriKelantan, Kubang Kerian.
 
Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 4

KARYA-KARYA &TERJEMAHAN ABDULLAH AL-QARI
1.AdabMakan Minum Cara Nabi s.a.w
.2. Adab-adab Dan Kewajipan Sekitar Masjid
3. Adab Ziarah Maqam Dan Masjid Nabi s.a.w
.4. Ajaran,Perubatan Dan Pesanan Jibril 'A.S'
5. Akhlak Pelajar Siswa-siswi Islam
6. Allah Belah Bulan,Allah Menangkupnya
7. Allah Merajai Kerajaan Langit Dan Bumi
8. Amalan-amalan Shaalih Pencari Rezki - Yang Fasiq Terhalang
9. Amalan & Wirid Mudah Bersalin
10. Amaran Nabi Kepada Kaum Wanita

No comments:

Post a Comment