Thursday 26 May 2016

HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI AWANG

LATAR BELAKANG
Haji Abdul Majid Bin Haji Awang dilahirkan pada tahun 1927 di Kampung Apa-Apa, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Dibesarkan di tempat kelahirannya, beliau mendapat pendidikan asas agama sejak kecil lagi.
PENDIDIKAN
Beliau belajar agama di Pondok Tuan Guru Haji Ghani, Pasir Mas, Kelantan. Mula meminati bidang tarannum al-Quran sejak kecil lagi. Suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan, guru pertama beliau ialah ayahnya sendiri yang merupakan faktor yang mendorong beliau meminati seni bacaan al-Quran. Selain ayahnya, Haji Awang bin Musa, beliau berguru dengan Haji Yusuf Kedondong, salah seorang bekas bilal Masjid Muhammadi dan Haji Ahmad Mat Som.
KERJAYA
Beliau merupakan seorang petani mengajar al-Quran di sekitar daerah kelahirannya dan pernah menjawat jawatan sebagai imam masjid di daerah Tumpat. Bertukang merupakan hobinya dan hasil tangan beliau masih boleh dilihat sampai sekarang yang disimpan oleh keluarganya.
TILAWAH
Beliau dikenali ramai setelah berjaya menjadi johan qari Pertandingan Membaca al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun 1385H/1966M. Beliau telah menerima beberapa hadiah termasuk menunaikan fardhu haji ke Mekah secara percuma oleh Kerajaan Malaysia. Pada tahun itu juga beliau berangkat menunaikan fardhu haji melalui jalan laut.
Sewaktu dalam pelayaran, iaitu tanggal 19 Mac 1966, beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam kapal haji yang bernama "Anshun" yang ketika itu berada di Laut Merah. Beliau meninggalkan seorang isteri, Hajah Sepiah bersama tiga orang anak yang pada masa itu masih kecil.

Yang menjadi kenangan bagi keluarganya ialah sepucuk surat yang ditulis oleh beliau kepada iparnya mengenai perkhabaran beliau dalam perjalanannya sebelum tiga hari beliau meninggal dunia. Berita kematian beliau tersebar luas di dada akhbar ketika itu. Antaranya dalam Berita Harian, bertarikh 14 April 1966 dengan tajuk, "Nasib keluarga johan qari mendapat perhatian Kementerian". Perkara yang disebut dalam berita itu ialah berkenaan nasib keluarga beliau mendapat perhatian Kementerian Kebajikan Am dan Jawatankuasa Pusat Pertandingan Membaca al-Quran. Umur beliau sewaktu meninggal dunia ialah tiga puluh lapan tahun dan kematiannya itu agak mengejutkan. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta pusaka untuk keluarganya, justeru kematian beliau itu mendapat perhatian

No comments:

Post a Comment