'Abdullah Al-Qari ialah Guru Kreatif (1994), Tokoh Agama (Tokoh
Hijrah Ar-Rasuul 2004) dan Tokoh Maulid Ar-Rasuul 2005 ),
Pujangga Islam (2005) yang melahirkan banyak dan berbagai karya berunsur
Islam juga Tokoh Sunnah Nusantara (2005) yangmelahirkan buku-buku berdasarkan
Al-Qur'an dan As-Sunnah, salah seorangpenggerak Sunnah Nabi SAW, pemurni
(reformis) Islam menerusi buku di mana Buku Guru Zaman .Jika
Hasaan B. Thaabit Al-Anshaari r. a. dikenal sebagai Penyair Nabi SAW,maka
Abdullah Al-Qari tersohor Penulis Tuk Kenali dengan berbagai karya menarik.
Tokoh Qari Malaysia
Sunday, 29 May 2016
DATO' HAJI ISMAIL BIN HASHIM
LATAR BELAKANG
Dato' Haji Ismail bin Hashim dilahirkan pada 11 Mac 1932 di Jerlun, Kedah. Beliau mempunyai 10 orang anak hasil perkahwinannya dengan Hamishah dan RAmlah, iaitu lapan orang dengan isteri pertamanya dan dua orang dengan isteri keduanya.
PENDIDIKAN
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kedawang, Langkawi sehingga darjah tiga dan meneruskan pelajaran di Sekolah Melayu Air Hitam, Kubang Pasu pada tahun 1942. Pada tahun 1947, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud, Alor Setar.
Thursday, 26 May 2016
HAJI ABDUL MAJID BIN HAJI AWANG
LATAR BELAKANG
Haji Abdul Majid Bin Haji Awang dilahirkan pada tahun 1927 di
Kampung Apa-Apa, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Dibesarkan di tempat
kelahirannya, beliau mendapat pendidikan asas agama sejak kecil lagi.
PENDIDIKAN
Beliau belajar agama di Pondok Tuan Guru Haji Ghani, Pasir Mas,
Kelantan. Mula meminati bidang tarannum al-Quran sejak kecil lagi. Suatu
perkara yang menarik untuk diperkatakan, guru pertama beliau ialah ayahnya
sendiri yang merupakan faktor yang mendorong beliau meminati seni bacaan
al-Quran. Selain ayahnya, Haji Awang bin Musa, beliau berguru dengan Haji Yusuf
Kedondong, salah seorang bekas bilal Masjid Muhammadi dan Haji Ahmad Mat Som.
HAJI ABDUL HAMID BIN DESA
LATAR BELAKANG KELUARGA
Haji Abdul Hamid bin Desa dilahirkan di Batu 3
Tandop, Mukim Pengkalan Kundur, Kedah pada 7 Januari 1920. Bapanya ialah Desa
bin Mohammad Salleh dan ibunya Esah binti Yunus merupakan anak jati Kampung
Tandop. Datuknya Mohammad Salleh bin Lebai Tahir terkenal dengan suara
yang lemak merdu dalam mengalunkan bacaan al-Quran, berzanji, berdikir,
berendoi dan sebagainya.
Haji Abdul Hamid dibesarkan dalam keluarga yang
serba kekurangan, sementelahan zaman itu negara masih dijajah. Beliau merupakan
anak sulung daripada lima orang adik beradik. Oleh sebab beliau anak lelaki
tunggal, beliaulah yang banyak membantu ibu dan bapanya menyara hidup
sekeluarga.
Wednesday, 25 May 2016
USTAZ HAJI NIK JAAFAR NIK ISMAIL
Ustaz Haji Nik Jaafar Nik Ismail
dilahirkan pada tahun 1936 di Kampung Kerasak, Pasir Mas, Kelantan. Beliau
melanjutkan pelajaran di Sekolah Pondok Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban,
Pasir Mas, Kelantan. Di dalam masa yang sama beliau mendalami pengajian
Al-Quran dengan datuknya Haji Mohd Yusuf kedondong (qari DiRaja Kelantan), Haji
Che Musa Mahmud dan Haji Ahmad Ma'sum (johan qari international pertama).
Berkhidmat sebagai guru agama Kerajaan Kelantan dan Kementerian Pelajaran
Malaysia selama dua puluh tahun disamping terlibat membentang kertas-kertas
kerja mengenai Tarannum bil Quran peringkat kebangsaan Malaysia, menjadi
pensyarah kursus metadologi pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Kementerian
dan ahli penal penulisan kurikulum dan buku tarannum bil Quran kelas kemahiran
membaca al-Quran kementerian.
Tuesday, 24 May 2016
TAN SRI DATO’ SYAIKH HAJI ISMAIL MUHAMMAD
LATAR BELAKANG
Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilahirkan di Kampung Padang
Pulut, Dungun, Terengganu pada 2 Januari 1944. Mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu Dungun Terengganu dan Sekolah Arab Dungun Terengganu. Kemudian,
mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal
Abidin, Kuala Terengganu. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz
Al-Quran oada tahun 1966 dan merupakan salah seorang daripada lapan orang
pelajar awal Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara. Setelah mendapat Diploma
Tahfiz, beliau melanjutkan pengajian ke Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra,
Mesir dan memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran.
Sunday, 22 May 2016
TAN SRI HASSAN AZHARI
LATAR BELAKANG
Kehidupan peribadi beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18
Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di
Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir
al-Shanani dan Padang, Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)